Assalamualaikum, Salam 1Malaysia dan Salam keusahawanan. Perniagaan adalah sumber rezeki yang amat di tekankan di dalam syariat Islam. Buktinya jelas di dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh imam Al-Bukhary yang berbunyi "9 per 10 rezeki itu, datangnya dari perniagaan". Selain itu, terdapat lebih dari 500 hadith sahih yang memperkatakan mengenai perniagaan. Diperkuatkan lagi dengan 370 ayat Al-Quran yng bersangkutan dengan Perniagaan (Muamalat, Tijarah dan lain-lain). Peniagaan itu adalah Fardhu Kifayah yang sangat di tuntut di dalam islam. Melalui perniagaan, ekonomi umat Islam mampu untuk berkembang dan umat Islam secara langsung dapat membantu antara satu sama lain.
Disini, suka untuk saya kongsikan satu produk Muslim yang boleh di katakan hebat. JUS ABQORI GENIUS adalah satu produk Halal Muslim yang baru di perkenalkan. Boleh di katakan Produk Usahawan Muslim ini adalah satu inovasi Produk Halal yang hebat dan mendapat sambutan yang meluas di pasaran Malaysia.
JUS ABQORI GENIUS ini merupakan minuman khas untuk membekalkan tenaga yang di perlukan untuk badan dan InysaAllah, minuman ini mampu untuk memperkuatkan daya minda di samping dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Jus Abqori Genius ini diadun dengan 8 makanan Sunnah Rasullullah (SAW) yang terdiri daripada Kismis, Kurma, Buah Tin, Saffron, Madu, Habbatus Sauda, Buah Delima dan di perkuatkan lagi dengan Air Zam-Zam. Semua ini merupakan antara makanan Sunnah yang kita sedia tahu mempunyai khasiat zaman berzaman.
Kandungan JUS ABQORI GENIUS:
KURMA DAN KISMIS
Adunan Kurma dan Kismis yang terkandung di dalam Jus ini mampu membentuk otak yang berfungsi sempurna. Di samping itu memberikan tenaga kepada mental untuk berfikir dengan berkesan dan aktif.
HABBATUS SAUDA
Habbatus Sauda diadun mengikut nisbah yang bersesuaian untuk ketahanan tubuh terhadap serangan penyakit yang bertindak sebagai imunsasi semulajadi yang begitu masyur seperti sabda Rasulullah SAW:
"Tetaplah kamu berubat dengan Habbatus Sauda kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat segala penyakit kecuali as-sam dan as-sam itu adalah mati" - hadis riwayat Bukhary
Selain itu, Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawwat batuk dan asma, kencing manis, darah tinggi, masalah tidur, sakit otot dan sendi, mengawal kolestrol dan sebagainya.
BUAH DELIMA
Diperkaya dengan Zat Sodium, Riboflavin, Thiamine, Niasin, Vitamin C, Kalsium dan Fosforus. Ia juga adalah sejenis penawar kerana mengandungi anti-oksidan yang tinggi dan baik untuk penyakit jantung, cepat tua dan barah.
MADU
Madu adalah satu makanan berkhasiat yang tidak asing lagi bagi kita semua. Ia merupakan bahan semulajadi yang dihasilkan dari lebah atau nama saintifiknya "Apis Mellifera". Lebah merupakan makhluk citptaan Allah yang di sebut di dalam Al-Quran dan ini membuktikan bahawa lebah itu mempunyai keistimewaannya tersendiri. 1001 khasiat dari madu lebah ini terbukti dari sehari ke sehari mampu merawat pelbagai jenis penyakit seperti lelah, kencing manis, luka dan sebagainya.
ZA'FARON(SAFFRON)
Diperkaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin dan Tiamin) yang boleh membantu menyempurnakan proses penghadaman, menguatkan daya ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah dan kolestrol, mengurangkan risiko serangan sakit jantung, melancarkan pengaliran darah, merawat penyakit saraf, mengurangkan keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, dan turut di gunakan sebagai perangsang tenaga batin dan penenang.
BUAH TIN
Sebuah kisah pada zaman Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu dzar R.A bahawa Nabi Muhammad SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Rasullulah SAW mengajak para sahabat makan bersama. kemudian, Baginda SAW bersabda:
"Kalau aku perkatakan tentang buah yang di turunkan dari syurga, nescaya aku katakan ini lah dia. kerana buah-buahan dari syurga tidak berbiji. Oleh itu, makanlah buah ini, sesungguhnya ia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan."
Boleh disimpulkan disini bahawa buah tin di percayai dapat mengatasi masalah beberapa penyakit antaranya:
-masalah sistem perkumuhan.
-sakit dan bengkak badan.
-batuk berpanjangan.
-melawas air kencing.
AIR ZAM-ZAM
Air zam-zam tidak asing lagi pada kita. Kita semua juga tahu yang air zam-zam ini mempunyai banyak khasiatnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Air zam-zam ini dapat mengikut kehendak peminumnya."
Dalam sebuah hadith lagi, Nabi SAW Bersabda:
'Air Zam-Zam adalah air yang diberkati, air tersebut adalah makanan yang mengenyangkan."
KEBAIKAN DAN KHASIAT JUS ABQORI GENIUS:
Dengan izin-Nya, InsyaAllah, khasiat dan kebaikan berikut dapat dicapai:
- Kaya dengan vitamin yang di perlukan badan.
- Meningkatkan daya kecerdasan minda.
- Melancarkan peredaran darah.
- Sumber tenaga sepanjang hari.
- Berkesan mengurangkan lelah.
- Sesuai untuk setiap peringkat umur.
*produk ini tidak boleh dilangkah untuk mengekalkan kesuciannya.
Untuk pengetahuan umum, Nas Q Resources merupakan Stokis Jus Abqori Genius bagi daerah Kuantan, Pahang. Alhamdulillah, Jus Abqori Genius mendapat sambutan hebat dari penduduk Kuantan dan kami mendapat feedback yang dari pengguna yang telah mengamalkan Jus Abqori Genius ini.
Rasailah keajaiban Produk Muslim ini di samping kita menyokong produk Halal Muslim. Jika berminat, anda boleh menghubungi saya di talian 013-9861060 (Nasry Kassim) atau boleh menghubungi saya melalui Facebook.
Bersama kita membangun dengan Produk Muslim. Produk halal pemangkin Ummah Berjaya.