Wednesday, 4 January 2012

TIPS BERFIKIRAN KREATIF

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, menjadi kreatif dan sering menjana idea adalah satu advantage.
Bagi diri saya sendiri, saya sering rasakan saya seorang yang kreatif dan banyak idea. So, sini ada beberapa tip yang saya ingin kongsikan bagaimana saya menjana idea…
  • Bergembira & berseronok- idea hebat sering datang bila kita sedang seronok atau bergembira. Contoh, kalau saya tengok ketika workshop , sesi brainstorming idea, kumpulan yang banyak idea hebat, pastinya datang dari kumpulan yang banyak gelak/bising/ketawa… they are having fun! Idea mudah datang bila kita have fun!
  • Fikir macam budak- Budak-budak banyak idea. Lihat sahaja anak-anak kita (atau anak-anak orang kalau belum ada anak ). Sebabnya, budak-budak tak meletakkan had atau limit pada sesuatu penyelesaian. Kita yang dah dewasa selalu meletakkan “limit” pada sebarang penyelesaian. Sebab itu, kita menjadi tidak kreatif. jadi, fikir seperti budak 6 tahun! (mungkin budak juga sering gembira… sebab itu dapat banyak idea?)
  • Ketahui bahawa ada BANYAK penyelesaian kepada apa sahaja masalah. Bukan hanya SATU! Bila kita fikir hanya ada sATU penyelesaian, kita akan berusaha cari SATU CARA tersebut. Bila fikir SATU, tiada idea yang datang kerana kita akan fikir untuk mendapatkan SATU YANG PERFECT/SEMPURNA. Bila berfikir, fikir BANYAK penyelesaian. Bila memikirkan terdapat BANYAK penyelesaian, kita akan rasa bebas berfikir macam-macam dan tidak hadkan idea kita.
So, di atas adalah 3 tip saya selalu gunakan untuk menjana idea dan menjadi kreatif Sebagai tambahan, maksud “kreatif” adalah “menambah nilai” atau “improve”. Kalau kita fikir begini, lagi mudah untuk jadi kreatif walaupun kita bukan orang yang kreatif!

APA AZAM TAHUN 2012 ANDA????? HEBAT? ADA TIPS?

Sekiranya kita telah berusaha, tetapi matlamat kita tak tercapai juga, hanya 2 perkara penyebabnya- sama ada matlamat kita terlalu besar, atau jangka masa kita berikan terlalu singkat. Oleh itu, kecilkan sedikit matlamat atau panjangkan sedikit jangkamasa untuk pulihkan masalah ini tahun hadapan!
Ada berbagai2 kategori matlamat iaitu keluarga, peribadi, fizikal, kesihatan, mental, intelek, pendidikan, pembangunan diri, karier, kewangan, material dan spiritual. Anda perlu ada matlamat untuk setiap kategori. silapnya, ramai orang hanya mempunyai matlamat dlm 1 kategori sahaja- iaitu kewangan! Tahun 2012, pastikan anda punyai matlamat dlm setiap kategori di atas
SEMUA orang mempunyai perasaan ‘takut’ kepada kegagalan. mereka yang berjaya juga punyai perasaan ‘takut gagal’- saya pun ada . apa yang membezakan adalah, mereka yang berjaya walaupun punyai perasaan ‘takut gagal’, tetapi tetap lakukan juga
Fikir kan waktu2 yang pernah kita “in the zone”, mungkin satu ketika dulu kita berjaya dalam sesuatu, atau capai sesuatu yang membanggakan, atau capai salah satu matlamat besar kita. gunakan waktu tersebut sebagai satu trigger/picu untuk capai kejayaan yang baru akan datang. always letakkan fikiran kita “in the zone”!
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. nak berdaya, memang susah. tetapi, untuk berDALIH, memang MUDAH. orang yang berjaya akan melakukan perkara-perkara yang susah. orang yang tak berjaya akan pilih yang mudah. so, kita pilih yang susah ok?

KURSUS KEUSAHAWANAN UNTUK PELAJAR MENENGAH

Assalammualikum Ybhg Dato, Tuan, Puan,

NAS Q Resources merupakan firma perniagaan yang bergiat dalam program latihan dan pembudayaan keusahawanan khusus kepada generasi muda dan para belia di Peringkat sekolah rendah, menengah dan IPT. Generasi muda perlu diserapkan budaya BERDIKARI kerana peluang berkerja makan gaji senipis kulit bawang...Kita mahu generasi muda hebat bukan sahaja dalam kepimpinan tetapi di bahu mereka keteguhan ekonomi keluarga, negara dan ummah kita sandarkan. Untuk merealisasikan matlamat ini, bukan sekadar kecemerlangan akademi yang menjanjikan segalanya tetapi kesedaran dan cara berfikir keusahawanan yang lebih dinamik amat perlu agar kecemerlangan akademiknya berupaya untuk mereka mewujudkan pelbagai peluang ekonomi/ perniagaan seterusnya menjadi BOS yang mampu mencipta peluang kerja dan pembangunan negara hasil kesedaran, minat dan cara berfikir yang dipupuk dari masa sekarang. Dalam usaha mengasuh minda dan menanam minat para generasi muda ke arah keusahawanan dan menjadikan mereka memilih halatuju keusahawanan sebagai kerjaya pilihan atau cara berfikir yang lebih kreatif , inovatif dan berdaya saing maka NAS Q Resources menawarkan kepada pihak Kementerian, Institut / kolej Pengajian Tinggi dan Sekolah-sekolah bagi menganjurkan kursus Keusahawanan Kerjaya Pilihan. Kursus ini telah ditambahbaik dari beberapa siri latihan program usahawanan muda yang telah dianjurkan semenjak 15 tahun yang lalu dan InsyaAllah mampu memberi impak kepada para peserta yang mengikutinya. Pengisian Kursus 3 hari 2 malam atau 2 Hari (pakej 2) merangkumi Penilaian Kompetensi Diri, Analisa Diri, Simulasi-simulasi dan Gerak Kerja Keusahawanan, Pengertian Keusahawanan, Apa, Mengapa dan Bagaimana menjadi usahawan berwibawa, Kepentingan Kewangan dan Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Aspek Komunikasi berkesan, aspek Pemasaran dan Motivasi Etika Keusahawanan Muslim. Pihak NAS Q sedia berunding dengan pihak tuan dan sila emailkan kepada nasqresources@gmail.com atau nasry65@yahoo.com atau hubungi penyelaras kami, Encik Nasry bin Kassim H/p: 013-9861060.