NAS Q Resources merupakan firma perniagaan yang bergiat dalam program latihan dan pembudayaan keusahawanan khusus kepada generasi muda dan para belia di Peringkat sekolah rendah, menengah dan IPT. Generasi muda perlu diserapkan budaya BERDIKARI kerana peluang berkerja makan gaji senipis kulit bawang...Kita mahu generasi muda hebat bukan sahaja dalam kepimpinan tetapi di bahu mereka keteguhan ekonomi keluarga, negara dan ummah kita sandarkan. Untuk merealisasikan matlamat ini, bukan sekadar kecemerlangan akademi yang menjanjikan segalanya tetapi kesedaran dan cara berfikir keusahawanan yang lebih dinamik amat perlu agar kecemerlangan akademiknya berupaya untuk mereka mewujudkan pelbagai peluang ekonomi/ perniagaan seterusnya menjadi BOS yang mampu mencipta peluang kerja dan pembangunan negara hasil kesedaran, minat dan cara berfikir yang dipupuk dari masa sekarang. Dalam usaha mengasuh minda dan menanam minat para generasi muda ke arah keusahawanan dan menjadikan mereka memilih halatuju keusahawanan sebagai kerjaya pilihan atau cara berfikir yang lebih kreatif , inovatif dan berdaya saing maka NAS Q Resources menawarkan kepada pihak Kementerian, Institut / kolej Pengajian Tinggi dan Sekolah-sekolah bagi menganjurkan kursus Keusahawanan Kerjaya Pilihan. Kursus ini telah ditambahbaik dari beberapa siri latihan program usahawanan muda yang telah dianjurkan semenjak 15 tahun yang lalu dan InsyaAllah mampu memberi impak kepada para peserta yang mengikutinya. Pengisian Kursus 3 hari 2 malam atau 2 Hari (pakej 2) merangkumi Penilaian Kompetensi Diri, Analisa Diri, Simulasi-simulasi dan Gerak Kerja Keusahawanan, Pengertian Keusahawanan, Apa, Mengapa dan Bagaimana menjadi usahawan berwibawa, Kepentingan Kewangan dan Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Aspek Komunikasi berkesan, aspek Pemasaran dan Motivasi Etika Keusahawanan Muslim. Pihak NAS Q sedia berunding dengan pihak tuan dan sila emailkan kepada nasqresources@gmail.com atau nasry65@yahoo.com atau hubungi penyelaras kami, Encik Nasry bin Kassim H/p: 013-9861060.
No comments:
Post a Comment