Thursday, 14 July 2011

munif hijjaz perfume

Dengan hanya RM22.00 anda boleh mendapat sekotak haruman Munif Hijjaz 8ml.



18 Jenis Haruman Munif Hijjaz  
FOR HIM
M1 - Haruman Inspirasi oleh Calvin Klein - C.K One
M2 - Haruman Inspirasi oleh Chanel - Allure Men
M3 - Haruman Inspirasi oleh Dunhill -  Desire Red
M4 - Haruman Inspirasi oleh Giorgio Armani - Acqua Di Gio
M5 - Haruman Inspirasi oleh Hugo Boss - Energise
M6 - Haruman Inspirasi oleh Polo - Polo Black.

FOR HER
W1 -  Haruman Inspirasi oleh BS - Midnight Fantasy
W2 - Haruman Inspirasi oleh Body Shop - Apple Blossom
W3 - Haruman Inspirasi oleh Calvin Klein - Euphoria
W4 - Haruman Inspirasi oleh Christian Dior - Midnight Poison
W5 - Haruman Inspirasi oleh Chacarel - Amor Amor
W6 - Haruman Inspirasi oleh Christian Dior - Jadore
W7 - Haruman Inspirasi oleh Estee Lauder - Pleasure
W8 - Haruman Inspirasi oleh Hugo Boss - Women Boss
W9 - Haruman Inspirasi oleh JL - Live
W10 - Haruman Inspirasi oleh Lancome - Miracle
W11 - Haruman Inspirasi oleh PH - Heires
W12 - Haruman Inspirasi oleh Ralph Lauren - Romance



             Dengan hanya RM34.00 anda boleh mendapat sekotak haruman Munif Hijjaz dengan 3 haruman yang berlainan dalam botol 4ml.



Munif Hijjaz Perfume
Munif Hijjaz Sdn Bhd adalah sebuah syarikat perkongsian milik penuh Bumiputera yang diasaskan dan diterajui oleh Ustaz Munif Ahmad yang merupakan penyanyi utama kumpulan nasyid popular di Malaysia iaitu Kumpulan HIJJAZ. Tercetusnya ilham untuk mengeluarkan pati minyak wangi jenama peribadi ketika beliau mengikuti satu rombongan jemaah menunaikan Umrah pada bulan April 2009. Melalui kombinasi idea Ustaz Munif dan juga salah seorang jemaah Umrah tersebut yang juga merupakan seorang ahli perniagaan maka terhasillah rangkaian pati minyak wangi “Munif Hijjaz Perfume”
Pihak syarikat Munif Hijjaz Sdn Bhd menggunakan pati minyak wangi yang halal yang diimport khas dari luar Negara, khususnya dari negara Perancis. Tiada unsur-unsur haiwan atau sebarang bahan-bahan terlarang digunakan dalam penyediaan pati minyak wangi tersebut. Sumber alam semulajadi seperti ribuan jenis bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan merupakan bahan utama yang diproses untuk menghasilkan pati minyak wangi yang menjadi pilihan kami. 




jadi, apa yg di tunggu lagi. hari raya bakal menjelma. jadikan haruman MUNIFF HIJJAZ sebagai haruman hari raya anda. 

untuk dapatkan haruman bermutu tinggi ini, sila hubungi:
013-9861060(Nasry Kassim)
013-3117428(Nasul Asyraf)
013-2709596(Naszeera)


Tuesday, 12 April 2011

PUISI :PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

PEJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Sesungguhnya
Tidak ada yang lebih menyayat
Dari melihat bangsa ku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
Dari membiarkan bangsa ku dihina

Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
Asalkan langkah itu yakin dan cermat
Bagi memastikan negara merdeka
Dan bangsa terpelihara
Air mata sengsara
Mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari
Bermandi keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsa ku asyik mengia dan menidakkan
Mengangguk dan membenarkan
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsa ku masih  melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain kemerdekaan
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsa ku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut , pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan  sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang

Bukankah bangsa ku penah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka penah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Di manakah silapnya hingga bangsa ku
Berasa begitu kecil dan rendah diri
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsa ku mulai
Melupakan kegemilangan silam
Dan sejarah gemilang membina empayar?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
Kerana hanya bangsa yang berjaya
Akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
Tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
Buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana bangsa yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya!
-TUN MAHATHIR MOHAMMED-

Salam Keusahawanan 2

Minggu lepas banyak masa dihabiskan bersama para usahawan yang menyertai Pameran Antarabangsa Halal Malaysia (MIHAS 2011) yang berlangsung pada 6- 9 April 2011 bertempat di Kuala Lumpur Konvensyen center (KLCC). Sebelum itu sesi IBM, International Business Matching telah diadakan di Matrade pada 5-6 April. Dari Perbualan dan pemerhatian yang dibuat, dapat dikatakan betapa bertuahnya para usahawan Malaysia yang mendapat peluang menyertai Ekspo-ekspo sedemikian. Sebahagiannya pula dibantu oleh pelbagai agensi kerajaan samada agensi faderal atau kerajaan negeri. Purata seorang usahawan yang ditemui menyatakan mereka dibantu sekurangnya dari 4 Agensi seperti FAMA, SIRIM, Jabatan Pertanian, Kerajaan Negeri, Mardi, Felda, MARA, SME Bank, SME Corp, MATRADE, KKLW, Perbadanan Ekonomi Negeri dan sebagainya.Persoalannya kenapa masih tidak bermaya dan ada yang memberi komen-komen atau kritikan yang kurang wajar.Terasa simpati pulak pada pegawai atau kakitangan kerajaan yang bertugas....MIHAS 2011 adalah MIHAS kali ke-8 yang di adakan di Malaysia. Sayangnya setiap tahun dilihat usahawan yang sama saja menyertainya. Tiada usahawan baru yang berdaya eksport? Kurangnya usahawan khususnya bumiputera yang mendapat taraf kelayakan Halal. Dimana sebenarnya usahawan kita yang layak menyertai pameran antarabangsa sedemikian. Kepada yang telah menyertai, bagaimana sambutan, pesanan belian yang diterima.?? Ada Peningkatan? Semuga pameran ini dimanafaatkan sepenuhnya oleh mereka yang terlibat.agar bantuan dan pelaburan dikeluarkan oleh agensi yang terlibat berbaloi.Yang Penting apakah tindakan proaktif yang MESTI dilakukan selepas para usahawan balik dari pameran ini. Silalah FOLLOW-UPcatatan yang dibuat, pesanan yang diterima dan business card trade visitor yang tersimpan dan BUKANnya menanti Kerajaan Negeri memanggil sesi Post Mortem untuk kita memberi pelbagai komen dan alasan. Saya tertarik kepada Trade Visitor yang berkunjung...nampaknya mereka lebih aggresif mempromosi pelpagai produk dan perkhidmatan mereka dari satu booth ke satu booth dan pameran ini benar-benar dimanafaatkan oleh mereka selama tempoh pameran berlangsung. Mungkin mereka lebih banyak mendapat Pesanan Belian berbanding kita yang kurang mobil (pasif) dalam mempromosikannya hanya menunggu di booth masing-masing.Fikir-fikirkan.Salam Hormat

Monday, 4 April 2011

AKTIVITI PROGRAM USAHAWAN MUDA 2011

Salam Keusahawanan dan Salam Satu Malaysia Kepada Guru-Pengelola dan Peserta PUM 2011 Negeri Pahang, Sukacita dimaklumkan PUM Pahang akan meneruskan aktiviti Pembudayaan Keusahawanan PUM. Tahniah kepada para pelajar yang telah terpilih untuk menyertai program ini. PUM satu program lain daripada yang lain!. Lanjutan daripada Kursus TOT Pembimbing dan Pemudahcara PUM Pahang yang telah diadakan pada 23 - 25 Mac 2011, Sekretariat PUM sedang menghantar surat-surat jemputan untuk mengadakan 2 siri kursus Kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Usahawan Muda Pahang Zon 1 dan Zon 2 iaitu seperti berikut:-
1. 25 - 27 April 2011 - Zon 1: 30 buah Syarikat/Sekolah
2. 29 April - 1 Mei 2011 - Zon 2: 30 buah Syarikat/ Sekolah
Tempat Kursus: Kompleks Dagangan Mahkota Bandar Indera Mahkota, Kuantan
 Sila ambil perhatian pada salinan surat kami kepada pengetua sekolah masing-masing. Segala pertanyaan tuan/puan bolehlah terus berurusan dengan sekretariat PUM Pahang. Muga mendapat pengesahan penyertaan yang segera.  Hubungi Sekretariat: Puan Sakdiah 09-5739977 atau Fax: 09-5739922. Pastikan ahli telah menubuhkan syarikat SDN. BHD.

Saturday, 2 April 2011

SALAM KEUSAHAWANAN.....

'Usahawan yang berjaya bukan seorang yang mempunyai kemahiran sempit, beliau perlu tahu segala aspek perniagaannya. Beliau adalah seorang PEMIMPIN yang mendengar pandangan dan nasihat dari orang bawahannya tetapi dialah yang membuat keputusan muktamad, memberi arahan dan mengambil tanggungjawab ke atas apa jua yang berlaku...' J. Paul Getty.

Ungkapan ini seperti biasa-biasa sahaja...tetapi bila kita melihat kepada AKSI sebahagian mereka yang bergelar ketua, pemimpin, pengurus atau apa pun jawatan yg disandangnya, masih ramai yang menganggap orang bawahan seperti 'liabiliti' yang seolah-olah tiada idea yang boleh dikongsi....Paling teruk mengarah tetapi mereka sendiri tak memahami secara terperinci apa yang diarahkan. Yang paling sedih bercampur kelakar ialah betapa slownya dalam membuat keputusan yang tak putus-putus. Kegagalan membuat keputusan amat merugikan...dan paling malang pekerja bawahan pula dicanang yang menyebabkan terjadinya begitu...Dimana tanggungjawabnya?? Kepada anda yang berjumpa orang seperti dihuraikan ini, berhati-hatilah agar anda tidak berusahasama dengan mereka...Mereka yang Komited dengan Kata-Kata seringkali Membuat orang terluka dan Kecewa...fikir-fikirkan....

SALAM PERTEMUAN..

Assalammualaikum..dan Salam Satu Malaysia.terimakasih kerana malawati blog ini. Saya sdg cuba-cuba. semuga dapat mengeratkan ukhwah antara kita. Kepada rakan-rakan maya, semuga semuanya sihat dan ceria dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Sentiasa bersemangat dan bertindak secara rasional dan tidak terlalu mengikut emosi yang membelakangi cara berfikir yang waras. Kini kita sering disogokkan dengan berita yang menyayat hati lantaran tragedi berpunca dari emosi tidak terkawal seperti penderaan, perceraian, pembunuhan, pembuangan bayi dan sebagainya...kadang-kadang sogokan berita sebegini turut meruntun emosi kita dan kita turut stress dibuatnya...Tapi sama-samalah kita kawal emosi dan gunakan pemikiran yang waras berpandukan kepada pegangan agama yang kita anuti...