Tuesday, 12 April 2011
Salam Keusahawanan 2
Minggu lepas banyak masa dihabiskan bersama para usahawan yang menyertai Pameran Antarabangsa Halal Malaysia (MIHAS 2011) yang berlangsung pada 6- 9 April 2011 bertempat di Kuala Lumpur Konvensyen center (KLCC). Sebelum itu sesi IBM, International Business Matching telah diadakan di Matrade pada 5-6 April. Dari Perbualan dan pemerhatian yang dibuat, dapat dikatakan betapa bertuahnya para usahawan Malaysia yang mendapat peluang menyertai Ekspo-ekspo sedemikian. Sebahagiannya pula dibantu oleh pelbagai agensi kerajaan samada agensi faderal atau kerajaan negeri. Purata seorang usahawan yang ditemui menyatakan mereka dibantu sekurangnya dari 4 Agensi seperti FAMA, SIRIM, Jabatan Pertanian, Kerajaan Negeri, Mardi, Felda, MARA, SME Bank, SME Corp, MATRADE, KKLW, Perbadanan Ekonomi Negeri dan sebagainya.Persoalannya kenapa masih tidak bermaya dan ada yang memberi komen-komen atau kritikan yang kurang wajar.Terasa simpati pulak pada pegawai atau kakitangan kerajaan yang bertugas....MIHAS 2011 adalah MIHAS kali ke-8 yang di adakan di Malaysia. Sayangnya setiap tahun dilihat usahawan yang sama saja menyertainya. Tiada usahawan baru yang berdaya eksport? Kurangnya usahawan khususnya bumiputera yang mendapat taraf kelayakan Halal. Dimana sebenarnya usahawan kita yang layak menyertai pameran antarabangsa sedemikian. Kepada yang telah menyertai, bagaimana sambutan, pesanan belian yang diterima.?? Ada Peningkatan? Semuga pameran ini dimanafaatkan sepenuhnya oleh mereka yang terlibat.agar bantuan dan pelaburan dikeluarkan oleh agensi yang terlibat berbaloi.Yang Penting apakah tindakan proaktif yang MESTI dilakukan selepas para usahawan balik dari pameran ini. Silalah FOLLOW-UPcatatan yang dibuat, pesanan yang diterima dan business card trade visitor yang tersimpan dan BUKANnya menanti Kerajaan Negeri memanggil sesi Post Mortem untuk kita memberi pelbagai komen dan alasan. Saya tertarik kepada Trade Visitor yang berkunjung...nampaknya mereka lebih aggresif mempromosi pelpagai produk dan perkhidmatan mereka dari satu booth ke satu booth dan pameran ini benar-benar dimanafaatkan oleh mereka selama tempoh pameran berlangsung. Mungkin mereka lebih banyak mendapat Pesanan Belian berbanding kita yang kurang mobil (pasif) dalam mempromosikannya hanya menunggu di booth masing-masing.Fikir-fikirkan.Salam Hormat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment