'Usahawan yang berjaya bukan seorang yang mempunyai kemahiran sempit, beliau perlu tahu segala aspek perniagaannya. Beliau adalah seorang PEMIMPIN yang mendengar pandangan dan nasihat dari orang bawahannya tetapi dialah yang membuat keputusan muktamad, memberi arahan dan mengambil tanggungjawab ke atas apa jua yang berlaku...' J. Paul Getty.
Ungkapan ini seperti biasa-biasa sahaja...tetapi bila kita melihat kepada AKSI sebahagian mereka yang bergelar ketua, pemimpin, pengurus atau apa pun jawatan yg disandangnya, masih ramai yang menganggap orang bawahan seperti 'liabiliti' yang seolah-olah tiada idea yang boleh dikongsi....Paling teruk mengarah tetapi mereka sendiri tak memahami secara terperinci apa yang diarahkan. Yang paling sedih bercampur kelakar ialah betapa slownya dalam membuat keputusan yang tak putus-putus. Kegagalan membuat keputusan amat merugikan...dan paling malang pekerja bawahan pula dicanang yang menyebabkan terjadinya begitu...Dimana tanggungjawabnya?? Kepada anda yang berjumpa orang seperti dihuraikan ini, berhati-hatilah agar anda tidak berusahasama dengan mereka...Mereka yang Komited dengan Kata-Kata seringkali Membuat orang terluka dan Kecewa...fikir-fikirkan....
No comments:
Post a Comment