Salam Keusahawanan dan Salam Satu Malaysia Kepada Guru-Pengelola dan Peserta PUM 2011 Negeri Pahang, Sukacita dimaklumkan PUM Pahang akan meneruskan aktiviti Pembudayaan Keusahawanan PUM. Tahniah kepada para pelajar yang telah terpilih untuk menyertai program ini. PUM satu program lain daripada yang lain!. Lanjutan daripada Kursus TOT Pembimbing dan Pemudahcara PUM Pahang yang telah diadakan pada 23 - 25 Mac 2011, Sekretariat PUM sedang menghantar surat-surat jemputan untuk mengadakan 2 siri kursus Kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Usahawan Muda Pahang Zon 1 dan Zon 2 iaitu seperti berikut:-
1. 25 - 27 April 2011 - Zon 1: 30 buah Syarikat/Sekolah
2. 29 April - 1 Mei 2011 - Zon 2: 30 buah Syarikat/ Sekolah
Tempat Kursus: Kompleks Dagangan Mahkota Bandar Indera Mahkota, Kuantan
Sila ambil perhatian pada salinan surat kami kepada pengetua sekolah masing-masing. Segala pertanyaan tuan/puan bolehlah terus berurusan dengan sekretariat PUM Pahang. Muga mendapat pengesahan penyertaan yang segera. Hubungi Sekretariat: Puan Sakdiah 09-5739977 atau Fax: 09-5739922. Pastikan ahli telah menubuhkan syarikat SDN. BHD.
No comments:
Post a Comment